20100331

#32

nyahlah engkau dari segala ratap malam aku!

20100329

#31

dahulu, hujan hanyalah milik aku seorang.
sekarang, hujan lagi indah.
sebab aku ada kau untuk berkongsi menikmati titis2 hujan.

20100326

#30

apakah satu rasa sempurna?
dilengkapi?

20100325

#29

pejamkan mata.
kosongkan kepala.
lenakan lah diri dalam pelukan malam.
mimpikan seindah yang ada.

#28

ada cebisan mimpi-mimpi semalam yang masih mengerikan setiap kali mata terpejam.

20100319

#27

“Not all of us can do great things. But we can do small things with great love.”
—Mother Teresa

#26

yang tertulis itu adalah takdir Dia.
kita usaha habis daya.
selebihnya, bukan hak kita menentuukur.

20100314

#25

aku adalah pemimpi yang tak akan berhenti bermimpi.
dan pencinta yang tak akan berhenti mencintai.

20100313

#24

tak ada hidup di depan yang mudah-mudah.
selepas jatuh, bangun, jatuh, bangun.
sampai ke mati.

20100310

#23

harapan, adalah talian hayat sebuah kehidupan.

20100309

#22

terima kasih. aku masih terendam.
tenggelam.
timbul.
hanyut.
ada dendam.

no paling .

#21

padah api,
semua kenali.

#20

kita akan terus-terusan bermain dengan ombak, sayang.
jangan kau takut, kerana aku ada.
dan aku tak akan takut, kerana kau ada.

20100306

#19

menurut orang semata; akan kau binasa.
menurut hati sendiri; akan kau binasa juga.
lantas, ada kah jalan supaya binasanya, minima?

20100302

#18

kekosongan akan membawa kepenuhan padu. percayalah. dan, bersabarlah. barang sekejap.

#17

i always believed that nothing could be awfully late.
until now.

20100228

#16

ketakutan aku adalah hanya topeng kepada keberanian paling menyinga.

20100223

#15

if you can't run anymore.
hide.

20100220

#14

masa akan tetap bergerak, dengan halaju yang sama.
dan aku semakin gerun.

20100218

#13

amaran : nota akan semakin panjang. kerana seorang gadis melarut dalam emosi berombak paling tinggi sejak 21 tahun selama kehidupannya.

kiranya bukan aku seorang yang gila dalam sebegini kabut dan kalut
semua yang melintas di hadapan,
yang pertama sekali, akan kita kaut rakus.
betapa, masa yang panjang itu sangat mengikat
sangat menguat.
dan seboleh habis mahu, biar aku yang lemas dalam ombak gila ini.

#12

apa agaknya rasa membunuh hati orang?

#11

kegilaan untuk lagi dan lagi.