20121231

#368

percikan bunga api, itu tahun sudah.
tahun ini, kita tadah peralihan masa dengan harapan.
dalam diam. dalam kamar masing-masing.
berasingan, sebelum sah halal sekamar.

#367

yang paling awesome, bukan tarikh, masa, tahunnya
tapi peristiwa.
yang lain selepasnya, sebagai memorial.

#366

semoga tahun depan, mulut awak tidak berat menutur maaf,
di bila melakukan silap.
selamat tahun baru, sayang.

20121227

#365

semoga aku tidak akan pernah malu mengaku salah,
dan kemudian membetulkan salah.

#364

aku harap, malam ini, sebelum lena,
saat-saat mata kamu sudah hampir terkatup,
kamu teringatkan aku, dan tersenyum.
terus, kemudian rindu.
sama seperti sedang apa aku rasakan.

#363

pejam, celik,
semuanya seperti itu berlalu.
tahun baru menjelma lagi.

#362

iya, di setiap lorong yang aku tempuhi malam ini,
aku sedang tersenyum merindui kamu,
dan setiap kenangan kita dalam satu tahun itu,
di suatu negeri di ceruk paling hujung semenanjung ini.

20121224

#361

arjuna, bonda bilang, sediakan mas kahwin, mari bonda nikahkan.
tapi sayang, kita sama-sama tahu, apa lagi yang belum cukupkan?
sama-sama sayang ya?
aku sabar selagi disabarkan. :)

#360

kadang-kadang saya sedih, bila mengenang 3 tahun yang terbazir,
tapi kemudian, saya jadi aman,
melihat tahun ke-4 yang mendatang.
berapa tahun pun tak penting, sayang.
yang penting isinya. isi dalam setiap tahun. setiap hari.
arjuna, terima kasih. saya harap Tuhan sudi pinjamkan kamu sampai syurga sana.

20121121

#359

untuk aku akhirkan nota ini, suatu hari nanti.
biarlah kamu tahu, kamu pernah ada di ruang hati.

20121120

#358

berapa kali pun aku tadah.
seperti tak pernah mengerti.

#357

you don't have any idea of damages you caused.

20121109

#356

all i want to do is to take you,
away from harm.

20121107

#355

hello, awak bernyawa lagi pagi ini,
maka bersyukurlah sayang.

20121106

#354

you scared me.
you just did.
you promised me the same promises they made, then they left.
are you leaving any soon too?

#353

nota untuk diri sendiri : jangan takut kena tinggal.
lepas mati, kubur sendiri.
bangkit sendiri lepas kiamat.
hadap Tuhan nanti juga sendiri.
jangan takut, sendiri tak mati.

#352

hati suruh jangan takut,
tapi kaki tetap keras, kejung memasak di tempat dia sedang ada.
lalu, bagaimana?

#351

mana ada dunia selamat.
tambah sekarang hujan lebat.
kau akan basah tanpa payung.
jatuh tanpa kasut yang grip.

20121030

#350

kesedihan yang kita ratapi,
cuma akan jadi sesuatu yang tinggal memakan diri.

#349

setiap kecurangan itu, kau sendiri yang pilih.
hati sendiri. jadi jangan pernah berpaling untuk menunding pada yang lain.
jangan.

#348

ini semua bukan lagi tentang aku seorang.
ini sudah jadi tentang kita semua.
walau di manapun kita,
cerita kita akan saling berkait. sampai kita bertemu.

#347

help me. this is beyond everything.
and yes, like a fool, i waited.
same spot, after years.

#346

i love you way too much
that i've become empty, inside out.

#345

isolasi akan menghimpit kita dari dua jadi satu.
dan persetankan segala yang lain.

20121012

#344

bila setiap pagi kau bangun dan rasa cinta itu hilang
kau tahu, jodoh dah berlalu pergi

20121003

#343

entah bila kerasukan ini akan berakhir.
menjadikan hidup setenang air di tasik.

20120928

#342

melayan nafsu, binasa.
nafsu perempuan sembilan. boleh gila.

20120927

#341

we were, not are.
it was, not is.

#340

it's time to wake up.
this is all just a dream.

#339

this will only be love-hate.
i will never hate you more, and will never love you any more than hating you.

20120913

#338

cinta tu abstrak.
seni tu abstrak.
hidup pun abstrak.

#337

kita ni, entah macam mana cara nak pergi mengadap dia.
sudah-sudahlah kita bercakap tentang yang dah pergi.
kalau hujung hayat dia tak aman, biarlah sekarang dia aman.

#336

suatu hari nanti kita semua akan pulang pada yang berhak.
dan semua pinjaman ini harus kita bawa bersama.

20120911

#335

kalau nama awak kawan saya, biar sepuluh tahun pun,
perginya awak saya terasa. bersemadilah, teman.
moga Jannah menanti kamu, dan saya suatu hari nanti.

#334

Rezeki tu, terang-terangan dah ditentu hakmiliknya. Tinggal usaha.
Jadi, kenapa nak kondem kerja orang lain?

20120906

#333

tampar kembar tertampar kiri dan kanan.

20120905

#332

satu pagi nanti, aku ingin buka mata di waktu pagi dan melihat kamu yang nyenyak lena,
sebelum aku kejutkan kamu mengimamkan aku subuh itu.

20120904

#331

mata yang melihat ini, sudah biasa membohongi setiap mata yang merenung kembali.
sinarnya kalau diperhati berbeza dek rasa hati.

20120903

#330

kita semua adalah orang-orang yang pernah kecewa. dari semua cerita.

#329

bukan semua orang mampu nak mencintai dua atau tiga orang sekaligus.
tapi Tuhan, mampu cintakan semua umatnya.
itu beza, Tuhan dengan hamba.

#328

ada sesuatu yang kita tak temukan lagi--
--aman bercinta. kapan?

#327

picisan. tiada. kasih kamu hanya ucapan air liur terbazir.
mengalir bagai air yang tiada punya sezarah pun maksud dan pengertian.
apatah lagi hati.

20120902

#326

langit runtuh untuk kali kesepuluh dalam satu nano saat menghempap setiap bahu yang sudah rapuh sampai bersepai.

#325

pergi jahanam segala mimpi indah ditelan realiti yang macam celaka.
semua bisa berjanji tapi kemudian tinggal janji

#324

bahagia tak datang sendiri sebaliknya bersama derita

20120825

#323

dalam diam, kita akan rindu orang yang terlalu asing.
perasaan itu memang pelik.
nak layan? tak nak layan?
tepuk dada sendiri sakit.

#322

teruslah menjadikan aku bonekamu. 
di bila perlu diambil usap, 
di bila tidak dicampak buang.

#321

bila tiada ku gagah berlari mencari, demi sepotong maaf.

#320

jarang peduli yang sekali sekala bila ada terus terkesan.

20120814

#319

macam mana nak jadi gagah,
kalau hari-hari kena sergah?

20120813

#318

singing Adele's song will always remind me of how life was before i find you,
the pain lives on. but us will always let me stand strong.
even stronger with our little arguments, dreams and silence.

#317

orang yang paling tidak bermanis mulut,
tapi paling tulus hatinya.
yang selalu mencuri hati beta--
--Arjuna

#316

ayahanda segan di bila aku yang harus melihat apa bisul di belakang badannya masih ada nanah,
duhai ayahanda, anak dara ini yang dulu kau bobok lena di dada saat demam,
yang dibasuh berak kencing,
setakat bisul, bah. small matter.

#315

aku selalu marah bila janji dibuat tak ditepati.
kadang aku lupa, yang berjanji itu juga manusia.
dia tak ada kuasa memastikan yang janji ditepati.

20120808

#314

dari kegelapan, muncul cahaya-cahaya.

20120807

#313

mula minggu di hari kedua, aneh.
moga semuanya seperti biasa saja.

#312

ada satu hal itu sahaja yang akan sentiasa buat saya mahu berpaling,
ada satu fail dalam simpanan saya,
terkandung apa yang saya tak pernah sanggup telan.
itu terlalu pahit mengalahkan semua dadah yang pernah masuk ke tubuh saya.

#311

kadang-kadang, saya penat beriya menghantar pesanan ringkas yang berjela kepada awak,
kerana saya sedia maklum, balasnya nanti pendek-pendek.
lebih banyak mengecewakan dari mengujakan.
tapi, saya tetap mahu berbuat yang sama.
kerana, itu cara saya sampaikan rasa. melalui perkataan.

#310

dalam kelam malam ini,
kita sapu semua pergi.
dan izinkan esok menjenguk dari jendela,
bila siang, dan datang sang matahari.

20120806

#309

aneh, di bila usai solat kamu muncul,
sedang di hati tiada sezarah ruangpun untuk mu.
dugaan lagi kah, Ya Allah?

#308

janji ikat simpan di hati,
sampai nanti.

20120805

#307

gurau-gurau, bila berjauh walau sehari cuma,
rindu menggunung.

#306

awak jarang tunjuk peduli,
sekali sekala ditunjuk, sakit berat saya sembuh terus.

#305

jangan pernah lupa asal usul kita.
tinggi mana pergi, dari bawah kita bertatih.

20120803

#304

kadang-kadang kehadiran awak masih menghantar debar dalam hati saya.
agaknya, masih segar perasaan ini untuk awak.

#303

jejak bisa tinggal, masa bisa ganti.
hati yang patah bisa bercantum,
tapi takkan sama. yang baru takkan sama.

#302

tahun ini, awak belajar menunaikan tugasan abah,
terima kasih sayang.
saya pulak akan belajar jadi calon yang terbaik untuk awak.

20120802

#301

menunggumu seperti menunggu segala yang mustahil.

20120801

#300

hari itu tetap akan tiba selagi belum kiamat.
tahun pertama bergetar seluruh jiwa saya, menahan rasa sebak.
tahun kedua, sedang bertungkus lumus dengan hidup,
tahun ketiga ini, saya harap saya senyum puas.

hidup sudah bergerak laju meningkalkan kenangan.

#299

dari bilik hujung koridor di tingkat empat,
saya berdoa setiap malam ditemukan dengan Arjuna pelengkap kurang saya yang serba serbi.

#298

nota pendek ini, untuk semua yang sempat membaca atau terbaca,
1 ogos, ini hari istimewa kita-kita.
selamat hari sahabat, sahabat sekalian.
semoga kalian mendapat manfaat dari nota-nota kecil.

20120731

#297

bila sudah terlalu biasa,
setiap langkah bakal awak ambil, saya sudah nampak.
sedia, iya, cuma malas bertindak.
jadi saya duduk diam-diam.
kita tengok elok kah tidak?

#296

mana layak saya menjadi bidadari, sayap saya sudah patah sebelah.

20120730

#295

saya kira cerita kita habis seperti tamatnya kontrak filem sembilu 2009.

20120725

#294

aneh bila perbezaan antara kita terlalu ketara,
tapi kita masih bisa berkongsi sesuatu yang sama; hati

#293

tarik nafas dalam-dalam, ramadhan sudah masuk hari kelima,
sudah banyak mana amal saya?

20120717

#292

semoga bangkit kamu bagai sang arjuna yang merempuh setiap halangan di depan,
mengejar kasih bunda nan suci.

sepotong doa buat kamu si kecil yang menerangi hidup perempuan besi ramai orang, 
#baktiarjunafitri

20120706

#291

pada sesetengah orang, aku adalah perempuan gila yang hanyut dalam patah perkataannya,
pada aku, aku adalah hamba Tuhan yang meminjam setiap perkataannya,
untuk menzahirkan rasa sendiri. jadi, kau rasa aku perlu ambil berat semua kah?

#290

bahasa-bahasa indah selalu datang dari hati yang paling ranap.
kerana Tuhan itu Maha adil,
diberi Dia untuk kita, bait-bait kata untuk dijadikan doa.

#289

jangan kita sengaja lupa siapa yang menyambut kita di saat jatuh.
jangan kita selalu ingat orang yang belum tentu layak terima tangan kita menyambut dia dari jatuh.

20120630

#288

sebaris ayat menutur maaf itu sungguh mahal harganya.
segalaksi ego.

20120608

#287

bersama dia aku menjadi realistik, teguh, kurang emosi,
bersama kamu dulu, aku manja, lemah, melankoli,
jadi aku bersyukur, kerana bersama dia, aku wanita besi sebenarnya,
di balik manja, aku kuat dan gagah. supaya jatuh dia aku sempat sambut,
sambil bangun bersama.

#286

apa nak dikisah mulut orang,
awak tepuk dada awak rasa sakit,
awak urut dada, awak rasa lega.
yang penting diri awak tu. diri awak. kan?

#285

lain padang, lain belalang,
lain orang, lain pantang.

#284

jangan diharap orang yang baik itu akan kekal baik,
dan yang jahat itu kekal jahat.
pertama sekali, diri kita ni, nak jadi baik ke, nak jadi jahat?
peduli apa dengan orang lain.
- pesan ayahanda

#283

bisik-bisik kecil,
menghantar terlalu banyak prasangka, dan
dia membunuh percaya.

#282

amazingly, we just need a dinner together, some chit chat,
and my life becoming normal again.
you are the reason.

20120606

#281

"jangan tunggu, ada harinya nanti aku tak pulang."
-itu pesan kamu pada aku wahai hati.
-kata jiwa

#280

kadang-kadang saya tertanya, hati awak sudahkan saya rawat.
sebab bila saya soal tentang dia, awak tentu tak mahu jawab.

20120601

#279

hari awak tak perlu saya adalah seperti hari ini.
semua berjalan lambat. sangat lambat. senano saat seperti sehari.

#278

aku beri engkau baca, bukan suruh engkau nilai.
kalau tidak, aku rela jawab kertas spm semula. faham?

#277

sometimes, there will be a day i hate you the most,
then another i love you the most.
days that compiled, count as years, called love.

#276

semalam rasa seperti tergantung di tebing dengan seutas tali,
hari ini sudah terawang-awang tak jatuh ke bumi.

20120531

#275

semakin hari semakin kuat rasanya-
-hidup saya macam cerita filem.

20120516

#274

sometimes, when you try so hard to be so positive,
the day will come down and everything's fucked up.

20120514

#273

i am-
-too difficult to handle
-too sensitive to be treated rough & tough
-too strong to surrender


#272

you killed me the moment you say things that were actually the truth.
that you did all this cause you care & cause you love me that much.
now that was a lie. i was actually on your checklist.
and that's all that matters.

20120513

#271

di banyak waktu aku cuma mahu lihat, dengar & terima;
apa yang aku mahu.
sampailah hari realiti menampar pipi.

20120510

#270

jadi, bila awak putuskan saya harus jadi transparent,
saya terus hilang.
bagai angin, cuma boleh dirasa bila hadir,
tak lagi boleh disentuh, dipegang, apatah lagi disimpan.

#269

tak layak untuk aku terus-terus emosi
dalam tak pasti
banyak hal menuntut perhatian.
fokus!

#268

masa takkan jamin apa pun.
semua dah ada dalam qada' & qadar.

20120509

#267

jadi siapa yang mahu teman tidur malam ini,
cuma saya dan sepi.

#266

rasanya saya paranoid,
selang sebulan seorang demi seorang yang berkait dengan saya pergi,
saya jadi takut mengenang awak juga mungkin pergi.
tidak, saya paranoid.

#265

ini bukan masa yang sesuai untuk rindukan awak.
walhal semalam baru bertemu.
dan hari ini awak bepergian kerana urusan penting.

20120508

#264

terima kasih strangers, kedatangan awak selalu menghantar senyum.
semoga awak senyum di kala ini.
atau pun semalam sewaktu melihat bulan yang terang lebih dari selalu.

20120506

#263

i love you, always.
we'll watch more fireworks together, for the rest of our life.
we'll go watch every sunset by the beach, together whenever we get the chance.
we'll love and cherish our love for as long as we are allowed to.
i love you, very much.

20120505

#262

esok mari kita meredah lautan manusia, sayang!

#261

sayang, seribu kali sayang.
pandangan kita selalu beda.
tapi awak cool pasal itu. saya juga ikut cool.
buat apa besarkan hal remeh-temeh?
biar pendam dan lakur.

#260

ada waktu-waktunya saya harap awak pun sama suka merenung langit malam yang ada bulan.
tapi di banyak masa, itu cuma sukanya saya seorang.

20120503

#259

when you lost something you hold on too strong, you'll learn to let it go,
and become a stronger person.

#258

kuasa magis awak adalah kemampuan bikin saya senyum walau sedang gundah.
- nota buat arjuna.

20120502

#257

lenalah arjuna beta,
semoga malam ini memberi rehat dan tenang.
untuk esok yang mendatang.

#256

apa khabar kanvas semalam?
saya melewati awak hari ini.
dan ada watak lama di dalam kanvas hari ini,
yang bikin senyum. rapat.

20120422

#255

bila buka mata dan sedar,
di luar sana ada ramai orang lagi perit sejarah hidupnya dari aku,
alahai, malu sungguh!
tak reti-reti syukur lagi?
*lompat ke katil, tarik selimut, pejam mata*

belum sampai masa mahu lemah, merah.

#254

kalau maaf itu mudah, percuma, semua orang tentu mahu berbuat salah setiap kali.
di setiap kali.

#253

bagaimana nak menghadap lena, bila saya tahu ada yang tidak kena?
bagaimana awak bisa menghadap lena, dengan amarah di hati?

20120418

#252

bibir merah pucat saya menguntum senyum,
bibir kesan rokok awak terlorek segaris.

#251

baru merasa jerih perih, selepas tujuh purnama,
separa berdiri sendiri.

20120416

#250

perasaan dan emosi itu
mengajar kita dua hal
untuk hidup dan untuk mati

#249

gelagat manusia.
boleh bikin kau ketawa dan menangis,
atau macam aku, termenung. tak berkesudahan.

20120412

#248

don't start things you do not wish to finish.

#247

ketika mata kasarmu tidak melihat,
bukakanlah pintu hati.
untuk menjadi saksi.

#246

saya disuruh sabar sepuluh hari,
untuk dua belas jam yang masih menghantar senyum selepas dua belas jam kemudian.
-rawang-wangsamaju-sunway-shahalam-wangsamaju-kajang-

20120409

#245

sekali lagi hujan turun.
pada hari isnin, ketika semuanya nampak sangat kabur.

#244

berjalanlah. biar cuma dalam mimpi.
eloknya kerana kau sedang menuju ke arah lain.
mungkin yang lebih baik.
biar mimpimu membawa jiwamu.

#243

kita tak semestinya buta untuk bercinta, jatuh cinta, atau putus cinta.
cinta diberi mata. dalam jiwa kita.
dirajai hati. maka silakan akal, menjadi memanda menteri.

20120407

#242

there's rules you have to follow.
if you refuse to obligate, you'll lost
but eventually, you'll find some other way.

#241

petang sabtu yang statik.
kita pejam mata dan buka, semoga bertemu dengan sabtu terus. dan bukan ahad.
atau isnin.

#240

walaupun mustahil, saya harap setiap pagi kita bangun,
kita akan tetap saling sayang. 

#239

sekali lagi menjadi gila atau terlalu bodoh dan berasa itu naif.

20120406

#238

bila dah biasa ada, lepas tu tak ada.
rapuh juga dinding hati. rindu.
hatta cuma dengar suara di hujung telefon, pun cukuplah.

#237

di suatu hari kuat dan gagah, bumi juga bisa digoncang,
di suatu hari, lemah dan goyah, ke ceruk tubuh sasa, dia menyorok.
- tentang gadis besi bertudung merah

#236

serius, aku perlu ada butang 'delete' dalam kotak memori.
ada ingatan lampau yang aku langsung tak mahu simpan.
mahu buang.

#235

semoga kau tidak akan pernah lupa,
hati ini masih sakit, tetap sakit, biar berganti seribu tahun sekalipun.
dan biar sudah sembuh lukanya, parutnya takkan hilang.
maaf telah diberi, tapi apa yang berlaku tidak pernah luput.
maka aku sekali-sekala tak mampu menjadi manis seperti biasa.
dan selalunya itu adalah hari kau perlu pinjam tenang dari aku.

#234

kalau saya boleh lari, saya sudah lari ke pelusuk yang awak takkan boleh cari.
saya benci rasa digari.

#233

peri pesan, doa dalam sunyi itu lebih indah.
maka, diamkan doa. panjangkan syukur.
bersederhanalah.

#232

bila kita selesa, syukur, percaya, kita tak peduli baju itu cap prada, perfume kita cap lancome, atau kosmetik kita cap mac.
kita jadi diri kita.
dan itu lebih berharga dari loreal.

20120329

#231

jangan diharap lebih, nanti harapanmu ranap.

#230

ketika rindu mengetuk pintu, tidur malam pun bersulam air mata

20120320

#229

bila sampai suatu masa, semua akan beratur dan berjalan seperti aturannya.
sabarlah, hati. masanya akan tiba jua.

#228

ada masanya, seorang perlu berhenti mencuba,
seorang perlu berhenti menerima.
dan kita diamkan bersama masa yang berlalu

#227

benar, perkataan bukan milik sesiapa,
kerana datangnya juga dari Tuhan

20120306

#226

satu hari tak jumpa dan rindu.
kemudian sakit dan tenat.
esok bangun dan mula semula.

20120221

#225

tinggal hari ini, malas.

20120218

#224

aku ada banyak dosa yang tertanggung,
memberi kamu ruang, itu yang teragung.

20120216

#223

bukan tak hendak, ada waktu jadi penat melayan karenah dunia.
maka kita duduk diam, goyang kaki, layan bunyi beep beep.

20120215

#222

when i see you happy, i am happy indeed.

#221

ada kenangan dari zaman lepas,
masih mahu berlegar.
2 tahun, akan datang, minggu hadapan.

20120214

#220

aku tak apa-apa.
sekadar lelah.

#219

kalau suatu hari, sini sunyi.
maka sudah di sana adanya saya ini.
maka, di bila rindu, sudikanlah sepotong dua ayat penghulu.

#218

untuk seribu satu macam sebab untuk mengalah hari ini,
satu sebab cukup untuk menangkis.

20120213

#217

yang mati meninggalkan kita, adalah jasad mereka.
tidak jiwa dan karya mereka.

#216

bahagia tak boleh dibeli, selalunya.
tapi boleh dicari, percuma.
dan kerana itu tak selalu ada, statik.
lebih dinamik ia, lebih menarik hidup kita.

#215

kalau ingin berkongsi rasa ketika dirasa seluruh dunia memaling muka,
panggil aku. kongsi, bukan minta selesai.
aku bukan Tuhan. cuma hambanya yang mungkin ada bahu untuk ditumpangkan.

#214

ketika semuanya bercelaru,
carilah selimut tidur kamu.

20120209

#213

aku rasa Tuhan mahu uji jiwa aku
dengan membiar insan seakan-akan dia lalu di depan mata
berulang kali. dan lihat, teguh mana cinta aku pada Dia.

#212

setiap hari pun usia bertambah.
sudahkan kalian mengucap kasih pada ayahbunda?
pada saudara sedarah?
pada kekasih?

20120208

#211

there will be day, or days like this,
you just want to live in a memory.
because reality, is painful.

#210

sometimes, i wish i could just stop to care.
just stop to.
because i know it would not end up good.
because we both know.

20120203

#209

untuk seorang permata hati,
yang jiwanya sudah sepenuhnya dimiliki,
hari ini saya rindu.
sangat rindukan awak, teman terbaik yang tak pernah membezakan saya
kerana aras pakaian kita berbeza.
kerana aras keimanan kita terlalu berbeza.
dan kerana jarak kita yang jauh.
selamat ulang tahun kelima bulan. :)
ku sayang mu.

#208

berhentilah jika sudah tidak mampu,
bersabarlah bila sudah terlalu padat,
dan,
biar bila sudah pasrah.

#207

sometimes, its okay to keep your memory live with you.
as long as it doesn't trapped you in.
cherish the best moment that was given to you.
it'll make you appreciate you life more.

#206

bila masa belum tiba,
maka, tak akan.

20120202

#205

dalam mimpi malam ini, aku berharap bertemu kamu sang arjuna.
yang sudah mula aku rindu.

#204

saat lapang dan tenang baru mahu melangkah masuk,
segera risau ditiup kuat dari jendela.
wahai nenda, sabar lah menunggu kepulangan kami semua.
kami semua sama rindu.

#203

mata bulat kamu wahai anakku,
belum mampu ku temukan sinar pandangan yang sama seperti anakku yang dulu.
tapi, kamu tetap ku sandar harapan.

#202

segala arus yang berbeda akan berbolak balik,
dan meletus di dalam minda.
maka, pilihlah jalan yang kamu mahu.

#201

dua puluh satu tahun di setiap pulang bersambut,
di setiap hari ada yang ada untuk saya,
31 januari, Tuhan ambil semula kasih yang dipinjam pada saya.

#200

hiatus. hectic. bermakna padu dan padat.
namun, hati ini rindu.