20100629

#68

we all, have difficulties.
we all, face things we fear.
everyday, everysecond.
i did one for today.
have you?

#67

sebaik sahaja mega merah ini hilang,
hitam kelam akan menyusul. seketika.
cuma, seketika.

20100626

#66

di hujung hari itu, di dalam kecewa paling ada.
tersisip senyum paling segaris. jadilah.

#65

sudah kerap mimpi ngeri, menakutkan membawa lena ke siang hari.
sejak hari itu. sejak hari itu.

20100621

#64

segala malam akan menjadi sial bila aku sebenarnya jahat,
dan menyakitkan kau.

20100615

#63

hari ini, Tuhan membuka pintu rezeki seluasnya.
ada cinta, ada suka, ada segala.
ada juga serabut dan kalut, sedikit.
semuanya akan diatasi.

20100614

#62

awan merah menjauh sebab hujan turun menderu.
menolak jauh.
laju, dan mereka tak sempat berselisih pun.
tragis.

#61

kalau dah merajuk, mintanya dipujuk.
awak ni, saya hempuk dengan batang buruk nak?

20100611

#60

sebenarnya, awalnya, aku bertindak membenci kerana aku benci akan hati yang disakitkan.
dan kemudiannya, aku diajar untuk menerima seapa ada situasi,
sebab dia dalam diam, mengingatkan aku tentang ini;
aku manusia yang percaya sempurna itu ada,
bukan pada definasi sempurna.
tapi pada akal dan hati yang menceritakan sempurna itu sendiri.

#59

kalau boleh, aku hanya mahu membawa cuma kamu.
dan kita hidup cuma berdua.
di atas dunia kita sendiri. :)

#58

jahatnya aku.
meninggalkan medan ini ketika hati tak rusuh.
hai sayang, saya dah kembali.