20141222

#493

Langit mana tinggi pun sabar
Ada masanya turun merempuh bumi
Bagai Tsunami melanda Acheh
Jangan dicuba

#492

Bila lagi awak mahu belajar ucap maaf tu bukan dosa?
Tapi lebih mulia dari segala hentak bentak awak.

#491

Dia kata semua akan jadi lebih baik
Dia janji seribu satu janji

Bila dia marah, haram apa pun tak jadi

20140801

#490

dulu akal dan keras hati menolak,
kini, ini sajalah usahaku untukmu gaza.

boikot, doa dan doa. 

#489

siapa lagi yang masih di sini?
mahu bual samaaku tidak?

#488

bila berdua, sekarang ini,
yang mesti ada cuma awak, arjuna.

#487

dalam banyak-banyak, dugaan pertaman,
tahun ni kau tak beraya macam biasa.
dan sebab kau manusia biasa yang ada jiwa luar biasa,
kau tabahkan hati dan pelukkan jiwa.
esok-esok mungkin rezeki nya

20140529

#486

harapan itu senjata yang paling merbahaya,
buat sekalian umat manusia

askar
wani ardy

#485

setiap hari aku bangun dengan kamu di sebelah,
dan tiba di satu hari kamu tiada,
aku jadi kena, erti rindu.

#484

jauh di sudut hati aku,
ada rasa ingin tahu.
tapi mungkin sewajarnya dibiar tinggal bisu.

#483

simpan cerita semalam.
cipta kisah baru.
demi sesuatu yang esok.