20111227

#199

"garing siang, malam beku ;pasakku, teguh untuk mu" - malaikat cinta

kalau saja awak tahu ini, arjuna.

#198

setiap waktu yang ada adalah mahal.

#197

yang pergi takkan datang kembali.
pergi menghadap Dia yang satu.
semoga diizin kita bersatu kembali di sana nanti.
semoga kasih sayang terjalin menjadi pembantu aku meniti siratul mustaqim.

RIP-Puteh (Feb - Dec 22nd 2011)

20111215

#196

sakit yang datang setiap bulan, akan membuat mata mahu tidur setiap kali.

20111202

#195

untuk pertama kalinya,
hujan turun tanpa aku sedari.
aneh, kerana aku perempuan yang obses sama hujan.

20111201

#194

tersilap langkah tu benda yang memang selalu jadi.
tapi jangan buat-buat salah langkah.
itu tempah maut sendiri.

#193

tak semua hari indah.
salah satunya, hari ini.

20111129

#192

di lewat hujung pesanan ringkas awak,
saya cuma mahu segera mendapatkan awak.
tak peduli marah ayahanda.

20111125

#191

apabila aku begitu berhati-hati memilih kata,
dan hati aku dilanyak dengan kata-kata kasar,
aku sekadar diam.

20111123

#190

mimpi-mimpi dan igauan semalam,
adalah acara melepas pergi semua kenangan.

#189

dengan terlalu banyak cerita,
tapi patah-patah perkataannya satu atau dua.
maka inilah nota-nota kecil saya.

#188

kita adalah manusia-manusia defensif dengan pendapat dan pegangan sendiri.
dalam sedar atau tidak, kita selalu bersifat individualistik.
dan itu adalah zahirnya kita.

#187

kadangkala, aku terlalu berpegang pada sesuatu.
terlalu kejap sampai tak terlepas.
dan aku akan ditarik waktu.

20111025

#186

it's good that we don't want to holding on grudges for too long.
asking forgiveness is not easy, but its worth it.

20111024

#185

dari kekecewaan, akan datang dua benda.
kemarahan, dan kemaraan.
gabungkan keduanya- dan siapkan satu bala.

20111008

#184

aku harap gelap malam ini akan berlama membiarkan aku berselimut.

#183

berikan sedikit ruang dan waktu untuk saat-saat yang tak selalu datang.

20111005

#182

hari jantung tak bernyawa

20111002

#181

will distance once again tests us?
let us hope to keep being strong and rigid.

#180

setiap pagi, kita akan bangun dan ucap hello.

20110809

#179

pautkan rindu dan segala rasa
di hujung dahan untuk kau campakkan ke dalam laut

20110804

#178

kerana ada terlalu banyak,
kita selalu jadi leka.
lebih-lebih lagi aku.

20110803

#177

andai kita punya lebihan waktu,
simpankan saja supaya kita tak keputusan waktu di waktu perlu,
nanti.

#176

seperti mimpi yang datang tanpa larangan,
kamu datang tanpa sebarang amaran.

20110712

#175

malam meratah satu persatu.
sampai tenang habis.
sampai mata pedih.

20110708

#174

semoga malam berlalu aman.

20110706

#173

berikan bunga pada matahari, kan disinarinya.
berikan bunga pada bulan, kan cuma mampu diberi sinar palsu.

20110703

#172

kita tak mampu menjadi hebat hari-hari.
tapi kita mampu memperhebatkan diri setiap hari.

#171

kita baca, tulis, berbual dan ketawa dalam dunia yang sempurna di mata kita.
pergimati dengan orang yang mahu mengata membutatuli.

#170

bila kita jatuh, kita akan lihat langkah yang sudah silap diambil,
maka kita bangun dan melangkah dengan langkah yang baru,
yang betul.

#169

ucapkan selamat pagi pada burung-burung yang mengejutkan kamu dari lena pagi tadi.
semoga esok mereka sudi datang menjenguk jendela kamar kamu yang sunyi.

20110701

#168

mari merenung malam, sebelum mata dipejam.

#167

mari kita tancapkan sesuatu demi masa depan
untuk kita kenangkan semalam.

#166

di sebalik setiap senyum, gelak dan ketawa,
kita punya 1001 cerita berbeza.
dan kita pasangkan topeng-topeng masquerade di muka.

20110626

#165

Mungkin, kita tidak berbicara dengan bahasa langit,
Tapi, kita berbual melalui hati.

Mungkin, jasad kita saling jauh,
Tapi, hati kita berkait.

Dekat begitu,
Cukup.

hari ke-2
Johor-Perlis

20110619

#164

kita sulamkan masa yang tinggal
dengan juta-juta senyuman
kerana yang kita bawa pulang nanti
adalah kenangan ini

#163

kita izinkan malam-malam diisi mimpi
sementara siang dan kehidupan kita mengorak langkah.

20110617

#162

yang terus ke depan,
tak menoleh ke belakang sekali sekala
adalah kita
yang akan silap untuk kali ke duapuluhdua

#161

gila adalah pemutus kata orang yang tidak mahu usaha mengenal.

20110616

#160

secebis hari ini, untuk hari esok.
lagi baik dari tiada.

20110615

#159

demi esok yang kita mahu senyumkan,
lepaskan semalam yang kita sayukan.

#158

kalau hari itu dikira-kira,
dan esok masanya tiba,
apa waktu mahu beri aku peluang,
mulakan dari angka satu?

#157

setiap soalan punya jawapan.
berikan waktu sedikit laluan,
sebelum semua kita temukan.

20110604

#156

setiap malam saya rindu awak,
saya pujuk hati bilang awak pun sama.
kalau awak hebat menangkis semua dan buat tak ada apa,
kenapa tidak saya?
tapi tangan saya lagi laju dari pergerakan neuron saya.
apakan daya.

#155

katakan logik pada ahli-ahli matematik.
aku orang jiwa.
aku laung apa rasa.
bila ada. sebab bila hilang aku biar terus tak berasa.

20110531

#154

siapa kita untuk menentu arah hati orang?
siapa kita untuk memarah orang tidak mengenang kita?
siapa kita untuk memaki benci pada sepi?

20110530

#153

tentang apa istimewanya,
tepuk dada tanya selera sendiri.
yang sakit yang merasa diri juga.

20110405

#152

semoga mimpi-mimpi indah menjadi nyata.

20110329

#151

satu benda yang pasti, apa yang aku kata tentang keburukan orang,
nanti aku pun buat.
letak peringatan dalam kepala.

20110318

#150

mana akan hilang semuanya?
hanya sekadar menyembunyi dan kadang-kadang bila lupa kunci keluar.
itu salah, itu salah.
masuk semula, saya mahu kunci.

20110214

#149

jangan, kau tidak pernah cukup.
kan?

#148

aku ini nanti habisnya, hanya jadi picisan.
tak ada besar, tak ada grand.
biasa. mungkin hampir tidak ada.

20110211

#147

bila matahari datang esok, semua kembali asal.
mimpi.

#146

i know, i shouldn't be like this.
shouldn't such as weak as this.
shouldn't be a crybaby as well.

#145

ada banyak yang boleh tolong. sebelum saya hanyut.
satu selamat pagi dari 7 hari ini.
cepat sembuh. saya sama sakit dengan sakit awak.

20110206

#144

dah rasa. ada banyak yang tak sama.
sayang tetap ada. biar pun beribu batu jaraknya.
cuma rasa dah tak sama.

#143

pejam mata.
untuk esok yang belum kelihatan.

#142

tak ada pesona gadis terakhir,
tak hebat di dapur, tak hebat menjahit.
tak bermulut manis, tak berakal cendekiawan.
aku baru sedar. subuh tadi.
semua di atas itu aku.

#141

kalau memadam kesilapan lepas, semudah memadam celak di mata.
banyak yang mudah.
banyak yang boleh dibuang seperti mengosongkan recycle bin di desktop.

#140

kita tak ada hubungan akrab macam gadis-wanita lain.
tapi sekali sekala, getaran rindu tu ada.
sebab dulu kita bersambung. tal pusat saya ke tubuh kamu.

20110117

#139

khabarkan cerita yang akan buat kita tersenyum, bersama.
bila sampai sini.

#138

apa yang ada sekarang, cukup damai. :)

20110115

#137

i felt like crying hard in the middle of the night.
where i am surrounded by loneliness.

#136

dan, aku paling rasa jauh dari kamu,
di malam air mata kamu gugur mengenang dia,
kerana aku tahu betapa kamu kasihkan dia.

19 november 2010

20110113

#135

biarkan kita lesap bersama dengan buih-buih di lautan.

20110111

#134

satu hari, aku akan mula lupa sedikit demi sedikit patah-patah perkataan.
dan dari sini, akan aku gali semula, sedikit demi sedikit.