20120422

#255

bila buka mata dan sedar,
di luar sana ada ramai orang lagi perit sejarah hidupnya dari aku,
alahai, malu sungguh!
tak reti-reti syukur lagi?
*lompat ke katil, tarik selimut, pejam mata*

belum sampai masa mahu lemah, merah.

#254

kalau maaf itu mudah, percuma, semua orang tentu mahu berbuat salah setiap kali.
di setiap kali.

#253

bagaimana nak menghadap lena, bila saya tahu ada yang tidak kena?
bagaimana awak bisa menghadap lena, dengan amarah di hati?

20120418

#252

bibir merah pucat saya menguntum senyum,
bibir kesan rokok awak terlorek segaris.

#251

baru merasa jerih perih, selepas tujuh purnama,
separa berdiri sendiri.

20120416

#250

perasaan dan emosi itu
mengajar kita dua hal
untuk hidup dan untuk mati

#249

gelagat manusia.
boleh bikin kau ketawa dan menangis,
atau macam aku, termenung. tak berkesudahan.

20120412

#248

don't start things you do not wish to finish.

#247

ketika mata kasarmu tidak melihat,
bukakanlah pintu hati.
untuk menjadi saksi.

#246

saya disuruh sabar sepuluh hari,
untuk dua belas jam yang masih menghantar senyum selepas dua belas jam kemudian.
-rawang-wangsamaju-sunway-shahalam-wangsamaju-kajang-

20120409

#245

sekali lagi hujan turun.
pada hari isnin, ketika semuanya nampak sangat kabur.

#244

berjalanlah. biar cuma dalam mimpi.
eloknya kerana kau sedang menuju ke arah lain.
mungkin yang lebih baik.
biar mimpimu membawa jiwamu.

#243

kita tak semestinya buta untuk bercinta, jatuh cinta, atau putus cinta.
cinta diberi mata. dalam jiwa kita.
dirajai hati. maka silakan akal, menjadi memanda menteri.

20120407

#242

there's rules you have to follow.
if you refuse to obligate, you'll lost
but eventually, you'll find some other way.

#241

petang sabtu yang statik.
kita pejam mata dan buka, semoga bertemu dengan sabtu terus. dan bukan ahad.
atau isnin.

#240

walaupun mustahil, saya harap setiap pagi kita bangun,
kita akan tetap saling sayang. 

#239

sekali lagi menjadi gila atau terlalu bodoh dan berasa itu naif.

20120406

#238

bila dah biasa ada, lepas tu tak ada.
rapuh juga dinding hati. rindu.
hatta cuma dengar suara di hujung telefon, pun cukuplah.

#237

di suatu hari kuat dan gagah, bumi juga bisa digoncang,
di suatu hari, lemah dan goyah, ke ceruk tubuh sasa, dia menyorok.
- tentang gadis besi bertudung merah

#236

serius, aku perlu ada butang 'delete' dalam kotak memori.
ada ingatan lampau yang aku langsung tak mahu simpan.
mahu buang.

#235

semoga kau tidak akan pernah lupa,
hati ini masih sakit, tetap sakit, biar berganti seribu tahun sekalipun.
dan biar sudah sembuh lukanya, parutnya takkan hilang.
maaf telah diberi, tapi apa yang berlaku tidak pernah luput.
maka aku sekali-sekala tak mampu menjadi manis seperti biasa.
dan selalunya itu adalah hari kau perlu pinjam tenang dari aku.

#234

kalau saya boleh lari, saya sudah lari ke pelusuk yang awak takkan boleh cari.
saya benci rasa digari.

#233

peri pesan, doa dalam sunyi itu lebih indah.
maka, diamkan doa. panjangkan syukur.
bersederhanalah.

#232

bila kita selesa, syukur, percaya, kita tak peduli baju itu cap prada, perfume kita cap lancome, atau kosmetik kita cap mac.
kita jadi diri kita.
dan itu lebih berharga dari loreal.