20130804

#482

sometimes you just got to get off the bed,
live the life and-
just don't give a damn on other things.

20130803

#481

aku sudah terlalu tahu bahawa aku cuma sesuatu yang dipersia.
tapi aku masih terlalu bodoh untuk mengaku bahawa itu kebenaran.

20130801

#480

tiga pagi bangun dengan perasaan cuak.
tapi setiap kecuakan itu akan dihapus segera.
setiap hari cabarannya yang baru.

20130729

#479

new environment, new task, new challenge.
that could be good, right?

20130728

#478

when i am almost reaching,
there''ll be hands pulling me back.

#477

we have talk less,
but i have never love you any less.

#476

this maturity sometimes kill my inner child soul.
i forgot how to be fun.
i focused too much on being realistic.
that i forgot, i have sensitive heart.
i tend to sulk too.

#475

saya dah selalu jadi wanita muda dengan awak,
boleh ke awak layan saya sebagai anak gadis kecil macam abah?

#474

tik tok tik tok.
i heard that at all night.

#473

berpisah itu amat payah.
tapi mengenang perpisahan yang belum pasti jauh lebih payah.
menanti.

20130721

#472

usah bimbang, Tuhan ada.
usah bimbang, nanti ada.

#471

dream high, aim high.
don't be afraid to fall, it will be worth it.

#470

awak ajak pilih cincin?
saya mana reti, sayang.
tapi, kalau itu yang awak mahu, marilah.

#469

akan tiba masanya, untuk kita sedar,
yang,
ada angan-angan akan kekal menjadi angan-angan.

tak apa tak sampai jadi,
janji pernah kita ada mimpi.

20130720

#468

susah benar menjaga perhubungan sesama manusia.
serius.

20130717

#467

jangan pernah rentap pergi senyum yang selalu tinggal segaris ini, Tuhan.
mohon biar terlukis begitu di hujung bibir aku.

#466

selamat hari lahir, awak. :)

20130715

#465

good things happens.
even when you stop believing it.
it still happens.

20130714

#464

ahh..
celakalah rindu ini. bagaimana aku mahu hilangkannya?
nanti bila sudah beribu batu jauhnya.

#463

siapakah kamu sekalian sang misterius?

#462

i miss you so badly.

20130713

#461

satu persatu. ada masa-masanya, kena mula dari satu, walau dah sampai seribu.

20130712

#460

clearly, i have issues to be firm.

#459

akan ku mulakan nanti dengan bismillah.

#458

tiga tahun bersama,
sudah puluhan lagu melakar cinta kita.
jangan lah Tuhan pisahkan kita,
agar lagu-lagu itu semuanya tak menjadi yang mematahkan hati,
meremukredamkan rasa

20130710

#457

opportunities come knocking on your door when you less aware of it.
like today.

20130708

#456

jangan pernah berhenti merasa apa yang sedang kita rasa.
semoga hujungnya sama apa yang kita rasa.

#455

kita tak sembang banyak tiap-tiap kali jumpa,
tapi kita suka jeling-jeling dari jauh sambil senyum,
balik rumah kita puas hati, kita tak date berdua,
kurang-kurang berlima, berenam, bertujuh.
we're cool liddat

20130702

#454

hidup bukan cuma untuk yang berani bermimpi.

#453

lets get ready for another adventure, sayang!
lets go crazy together,
lets grow old together.
lets be forever together, till jannah, sayang.

awak mahu?

#452

orang pujuk bagi bunga, awak?
durian dua biji, campur senyum sinis, campur awan ungu bernada jingga.
awak tau tak, saya cukup bahagia dah macam tu?
terima kasih. tak sama macam orang, tapi special. tetap.

20130627

#451

berapa ramai orang yang kau marahkan hari ini?
berapa ramai orang yang marahkan kau hari ini?
berapa ramai yang sudah kau maafkan?
berapa ramai yang sudah memaafkan kau?

everytime that negative vibes tries to hit you, counter it with some positive ones.

#450

bertenanglah,
jodoh,
rezeki,
hidup,
mati,
suka & duka.

semua dah tertetapkan untuk kita.

yang tinggal cuma usaha.
sedikit demi sedikit.

#449

may the best luck be with you my dear.
you know, i love you. and all i care is to make you alright.

20130626

#448

saya paling suka bila dipanggil "sayang" sepenuhnya.
terima kasih awak. :)

#447

sunyi. benci. sepi.
diam.

20130618

#446

kita datang dari arah yang berbeza,
dengan hala tuju yang berbeza,
tapi Tuhan Yang Maha Kaya,
dia satukan kita atas jalan yang sama.
dan kita namakan cinta.

20130617

#445

adik masih depan mata, aku dah sampai demam berlinang air mata.
tak jauh pun berpisahnya, tapi terasa.

20130616

#444

i miss you. i miss us.
but its too dangerous to hope for such past memories comes to our present.

#443

tengah malam ini, saya harap awak aman dan tenang.
bahagia dan gembira.
walau malam ini saya tak membobok awak ke lena.
saya sebenarnya, rindu.

20130615

#442

you know, sometimes your words comes even faster than lighting.

#441

mahu tunggu berapa lama lagi?
biar sampai jasad dikambus tanah baru hatimu kan terbuka?
maaf itu cuma sepotong,
tapi kemaafan itu berzaman.

20130613

#440

dari awal memang awak suka cepat-cepat cari ubat bila sakit supaya cepat sembuh,
di mana saya lebih suka biar badan sendiri segera bertindak.
mujur hujung kita sama, mahu sembuh dan kembali sedia kala.

#439

awak biar saya to figure things out,
then saya sakit awak yang teman seharian.
awak, you make me feel guilty for having that negative thoughts. :(

20130612

#438

ada masa-masanya, ini semua cuma tinggal mimpi saja untuk saya.
kerjaya hebat, cinta abadi.

#437

ulang-ulang sampai hati kau mati.
atau paling kurang sampai kau mahu berhenti menangis.
currently, listening to cover version of when i was your man-bruno mars

#436

untunglah siapa yang hati aku menjadi milik dia.
minta apa, semua tersedia.

#435

yang mana satu, idaman kalbu?

#434

someday we're on the same page,
the next day you're already on some other page different from mine.

20130611

#433

cemburu jangan sampai buta
nanti kau yang parah sendiri

20130610

#432

kadang-kadang saya tak pasti,
yang awak sebutkan itu,tanyakan itu,
siniskah atau sememangnya itu yang menjadi maksudnya?

#431

betul cakap awak,
semua orang yang pernah singgah dalam hidup kita, bukanlah orang yang salah untuk kita,
sebab setiap mereka akan mengajar kita sesuatu.

#430

walau dibolak-balik keliling saya,
hati saya masih dimilik awak sejak malam tiga tahun sudah. :)

terima kasih Arjuna Raga beta,
setiapnya tak pernah mampu dibalas balik.
maka terima lah hati saya dan apa adanya saya ini.

#429

you let me down and keep doing it.
so you thing you're so important, huh?
and i am that stupid to believe you're being here cause you honestly want to be friends.
while you were just using me as your filler.

20130605

#428

seringkali antara kita yang sedikit, yang biasa-biasa,
membawa senyum sentiasa bersisa.
menghilang semua rasa berbisa. 

20130531

#427

hello sayang, ketahuilah.
makin kita diuji, makin kita mahu mencari cinta-Nya.
jadi berpasaklah di mana adanya kamu.
aku akan berenang merentas lautan untuk ke kamu.
untuk sama-sama memasak jiwa kita di situ.

20130518

#426

hai, apa khabar awak hari ini, semalam dan esok?

moga selalunya khabarnya baik-baik saja.

20130517

#425

Jumaat tiba, dan kau sedar hujung minggu mu bakal berantakan.
dan malam itu, kau tarik selimut dan kau bilang, "ahh, lantak lah!"

#424

this ain't working this way.

#423

ada masa-masanya,
awak cuma tahu terus berbuat dan terus ke depan.
awak selalu marah bila saya beritahu yang lain dulu dari awak,
tapi bila awak?

20130423

#424

siapa yang tidak takut akan esok?
percayalah. semua pun ada menyimpan kalau tak banyak sekali pun,
rasa yang satu tentang esok.

20130420

#421

janji awak satu persatu awak tunai.
awak, saya takut. kalau saya tak tertunai semua,
saya harap saya berjaya tunai janji setia menjadi pelengkap rusuk awak.

20130411

#420

Bunda kata, kerja dari pagi harus niatkan, Lillahi Taala.
Sesungguhnya, semoga Tuhan bukakan hati saya semurni Bunda saya yang sudah berpuluh tahun dengan kerja yang dia usahakan.

#419

adakah setiap yang kita rancangkan semalam menjadi nyata seperti yang selalu kita mimpikan?

20130409

#418

janjilah esok masih ada untuk kita.

#417

how good it must've felt like,
to finally make peace with past.
i wish it could be done as easy as writing it in the diary.

20130408

#416

you should know your place from the very first hint.
the rejection.
you should just know it.

#415

sometimes, things were meant to be history.
that's why we left it behind. for once and for all.

#414

berapa kali baru hati mahu sedar?
dia itu cuma mimpi yang sedari dulu kau cuma jumpa di dalam mimpi.
bukan untuk tanganmu gapai apa lagi sentuh.

20130406

#413

setiapnya, aku sambut tak kan ku takut
-sampai tua, fynn jamal

#412

setiapnya sayang, aku gagahkan demi kamu.
setiapnya sayang, aku tahankan demi kamu.
setiapnya sayang, aku jadikan nyata.
demi kamu, demi kita.

20130403

#411

Ya Tuhan, panjangkanlah jodoh kami.
tautkanlah hati kami sampai hujung nyawa.
jadikan dia imamku, jadikan aku pelengkap rusuk dia.

#410

sejak mula jatuh hati, daku obses sama kamu.
inilah obsesi beta, sang arjuna hati penyejuk jiwa raga.

#409

sementara ada. selagi itu kita nikmati sisa yang tertinggal di belakang.
setiapnya kita hirup.

#408

kesedihan itu memang untuk kita kongsi bersama.
seperti senyum di bibir kamu yang tak pernah putus memberi bahagia terus ke hati aku.
maka, setiap titisnya air mata kamu, biar aku yang kesatkan.
biar aku yang amankan.
jangan dengan yang lain.

20130314

#407

semata demi manja, seluruh jiwa kau beri dia.

20130311

#405

dah keliling kita semua minta dirai,
kita jadi tukang rai lah.
nanti-nanti baru 'turn' kita. kan?

#404

i wish, you could see how much i miss you.
that i've been thinking bout you.
always.

#403

suatu hari nanti, saya akan hilang terus dari depan mata awak,
dari tempat awak selalu nampak saya.
apa mungkin waktu itu pun, awak tidak peduli sama saya?

20130310

#402

beri saya 24 jam, untuk kumpul semua rindu dan lambak di depan awak.

#402

beri saya 24 jam, untuk kumpul semua rindu dan lambak di depan awak.

#401

sometimes,  judge things wrongly.
and it will hurt a lot of people.

#400

seperti dilanda ribut gila,
aku temukan diri di tengah-tengah padang pasir kontang,
di bawahnya ada laut biru meluas,
dan di atas kepala ku, langir tak berawan.

20130305

#399

sometimes, you just wanna be somewhere, all alone.
crying your heart in silence.
and then, go.

#398

kau bohong! janjimu kan ada,
cuma nan terbiar dan membiar aku terbuang.

20130302

#397

ukelele sempena 25, awak paling tahu saya buta muzik.
tapi awak tak pernah berhenti mahu saya mencuba.
kan, sayang?

20130226

#396

we worry too much.
when you're okay, come back. come home.

20130225

#395

pabila sudah lelah dengan usaha,
jangan sampai hilang asa.
terus ke depan, selepas hilang dahaga.

#394

kadang-kadang harapan semata tak cukup.

#393

malam kamu aman,
paling aman, bila sepotong doa cukup buat bekal sampai subuh datang nanti.

20130217

#392

ada banyak sebab kenapa kita tertangguh melaksana sesuatu.
mungkin banyak lagi yang Tuhan sedang atur untuk kita,
dan kita sedang memotong senarai yang sudah disusun,
sedang Dia lebih tahu apa yang paling baik untuk kita.

#391

benci tak mengundang damai sayang,
benci cuma topeng sebelum wajah sebenar penuh cinta itu terlihat.

#390

ke mana pun sayang,
bayang-bayang ku akan mengejar kamu,
bagai lembaga merah menyala.

#389

di hujung hari, suara demam awak penguat semangat saya untuk hari ini dan seterusnya.

20130216

#388

all we need is love - lucy diamond
(i am sam)

#387

sampai kapan pun, aku tetap yang sama.
cuma kadang-kala, kamu saja tidak nampak aku.

#386

setiap kali awak susah begitu, saya sungguh jauh dari mampu untuk datang depan mata awak,
sungguh jauh untuk buat awak tahu saya ada sentiasa mahu berdiri untuk awak,
sampai kadang saya rasa, lebihnya awak memberi pelbagai demi membuat saya senang,
dan saya cuma mampu mundar-mandir di kala awak begitu,

20130211

#385

banyak yang tak mampu bonda janji,
tapi kasih itu tetap ke mati.
itu yang sempat bonda janjikan, duhai anak yang belum bonda temukan.

20130210

#384

we celebrate, we cried, we laughed, we tried.
every second, what we are trying to do is, we try to live.

#383

kita lemas dalam tanggungjawab, keperluan dan kemahuan.
untuk tiga ratus hari lagi. dan kemudiannya.

20130202

#382

macam air, cincang dengan apa pun,
takkan putus.
takkan pernah.

#381

bangun pagi, sinar mentari curi-curi menjenguk masuk ke kamar kecil,
dan aku cuma mampu membuka kedua mata, dan berharap,
masih ada waktu untuk mimpi.

20130129

#380

perlahan-lahan kamu hilang,
seperti kabus yang hilang selepas mentari timbul.

#379

semalam saya tidur lantas mimpikan kamu.
mungkin itu satu rindu.

20130113

#378

Dalam banyak-banyak benda saya mampu buat,
Berbual dengan awak saya jadi kekok.
Jadi bagaimana di hari depan nanti, sayang?
Tak akan rumah kita dibiar diam?
Atau dialun sunyi?

#377

Jangan pernah sampai saya harus pilih.
Itu sesuatu yang sukar. Serius.

#376

setiap kali pun berat hati.
adakah ini tanda sini bukan tempatnya jiwa bersemadi.

#375

kadang-kadang saya lupa apa rasanya hilang.
sampai ini malam, saya baca karya orang,
dan apa yang watak dalam cerita itu rasa sempena kehilangan, saya rasa tepat di hati.
dalam. sakit. kosong. dan mata pun berair panas.

20130111

#374

jauhkan aku dari ketakutan itu.
semakin hari semakin dekat.

#373

semalam kita kawan,
hari ini kita lawan?

20130101

#372

jangan pernah jemu memberi sayang,
kerana puasnya berkongsi, adalah paling orgasm dari simpan sendiri.

#371

barang yang lepas jangan dikenang, kata orang.
soalnya, bila dah lepas baru nak terkenang.
baru nak bergenang.

#370

kadang-kadang bila kau tegur,
orang diam. kau kena faham, itu masa untuk kau turut diam.
tegur lain hari. lain waktu.

#369

buku baru, 365 hari untuk di isi.
biar dengan celaka, canda ketawa dan air mata.