20130129

#380

perlahan-lahan kamu hilang,
seperti kabus yang hilang selepas mentari timbul.

#379

semalam saya tidur lantas mimpikan kamu.
mungkin itu satu rindu.

20130113

#378

Dalam banyak-banyak benda saya mampu buat,
Berbual dengan awak saya jadi kekok.
Jadi bagaimana di hari depan nanti, sayang?
Tak akan rumah kita dibiar diam?
Atau dialun sunyi?

#377

Jangan pernah sampai saya harus pilih.
Itu sesuatu yang sukar. Serius.

#376

setiap kali pun berat hati.
adakah ini tanda sini bukan tempatnya jiwa bersemadi.

#375

kadang-kadang saya lupa apa rasanya hilang.
sampai ini malam, saya baca karya orang,
dan apa yang watak dalam cerita itu rasa sempena kehilangan, saya rasa tepat di hati.
dalam. sakit. kosong. dan mata pun berair panas.

20130111

#374

jauhkan aku dari ketakutan itu.
semakin hari semakin dekat.

#373

semalam kita kawan,
hari ini kita lawan?

20130101

#372

jangan pernah jemu memberi sayang,
kerana puasnya berkongsi, adalah paling orgasm dari simpan sendiri.

#371

barang yang lepas jangan dikenang, kata orang.
soalnya, bila dah lepas baru nak terkenang.
baru nak bergenang.

#370

kadang-kadang bila kau tegur,
orang diam. kau kena faham, itu masa untuk kau turut diam.
tegur lain hari. lain waktu.

#369

buku baru, 365 hari untuk di isi.
biar dengan celaka, canda ketawa dan air mata.