20101031

#91

semoga hujan yang berpanjangan ini akan menyegarkan ingatan kamu kepada aku.

20101030

#90

setiap orang, ada tempatnya sendiri.
kalau belum serasi, teruskan mencari.

20101029

#89

saat aku bangun pagi tadi,
yang aku ingat dari sisa-sisa mimpi semalam,
adalah senyum dari bibir engkau.
yang mendamaikan dan menutup segala ngeri yang aku alami sebelum lena.

20101028

#88

semoga setiap hari risaunya sama.
sayangnya sama.
kasihnya bertambah.
:)

#87

dia tak pernah mengeluh melayan kerenah keanakan aku.
dan aku tak pernah dilihat sebagai beban, semoga ke sudah aku bukan beban untuk dia.

20101027

#86

walaupun dia pasak teguh aku, dia juga jatuh sakit.
bayangkan rumah yang pasaknya sedang goyah.
gaya itu lah aku. lemah.

20101020

#85

kadang-kadang bila awak buat tak peduli, saya kecil hati.
dan setiap kali tu jugak saya akan pujuk kata,
"tak apalah. ada, ada. tak ada tak apa"
semoga awak faham kenapa.

20101016

#84

aku tak akan pernah merasa rasa selamat di hujung lidah.

20101012

#83

dilema dan antara persimpangan itu, menyesakkan.

#82

aku tak akan mahu mematikan ini.
selagi bisa.

20101005

#81

bila mimpi malam tak sempat bermula.
kita hangatkan pagi dengan mentari selepas hujan. :)

p/s: hujan subuh tadi, sekejap. tapi mendamaikan.

20101001

#80

berapa hari lagi akan ada untuk kita,
sememangnya tidak akan bisa kita kira.