20110626

#165

Mungkin, kita tidak berbicara dengan bahasa langit,
Tapi, kita berbual melalui hati.

Mungkin, jasad kita saling jauh,
Tapi, hati kita berkait.

Dekat begitu,
Cukup.

hari ke-2
Johor-Perlis

20110619

#164

kita sulamkan masa yang tinggal
dengan juta-juta senyuman
kerana yang kita bawa pulang nanti
adalah kenangan ini

#163

kita izinkan malam-malam diisi mimpi
sementara siang dan kehidupan kita mengorak langkah.

20110617

#162

yang terus ke depan,
tak menoleh ke belakang sekali sekala
adalah kita
yang akan silap untuk kali ke duapuluhdua

#161

gila adalah pemutus kata orang yang tidak mahu usaha mengenal.

20110616

#160

secebis hari ini, untuk hari esok.
lagi baik dari tiada.

20110615

#159

demi esok yang kita mahu senyumkan,
lepaskan semalam yang kita sayukan.

#158

kalau hari itu dikira-kira,
dan esok masanya tiba,
apa waktu mahu beri aku peluang,
mulakan dari angka satu?

#157

setiap soalan punya jawapan.
berikan waktu sedikit laluan,
sebelum semua kita temukan.

20110604

#156

setiap malam saya rindu awak,
saya pujuk hati bilang awak pun sama.
kalau awak hebat menangkis semua dan buat tak ada apa,
kenapa tidak saya?
tapi tangan saya lagi laju dari pergerakan neuron saya.
apakan daya.

#155

katakan logik pada ahli-ahli matematik.
aku orang jiwa.
aku laung apa rasa.
bila ada. sebab bila hilang aku biar terus tak berasa.