20120731

#297

bila sudah terlalu biasa,
setiap langkah bakal awak ambil, saya sudah nampak.
sedia, iya, cuma malas bertindak.
jadi saya duduk diam-diam.
kita tengok elok kah tidak?

#296

mana layak saya menjadi bidadari, sayap saya sudah patah sebelah.

20120730

#295

saya kira cerita kita habis seperti tamatnya kontrak filem sembilu 2009.

20120725

#294

aneh bila perbezaan antara kita terlalu ketara,
tapi kita masih bisa berkongsi sesuatu yang sama; hati

#293

tarik nafas dalam-dalam, ramadhan sudah masuk hari kelima,
sudah banyak mana amal saya?

20120717

#292

semoga bangkit kamu bagai sang arjuna yang merempuh setiap halangan di depan,
mengejar kasih bunda nan suci.

sepotong doa buat kamu si kecil yang menerangi hidup perempuan besi ramai orang, 
#baktiarjunafitri

20120706

#291

pada sesetengah orang, aku adalah perempuan gila yang hanyut dalam patah perkataannya,
pada aku, aku adalah hamba Tuhan yang meminjam setiap perkataannya,
untuk menzahirkan rasa sendiri. jadi, kau rasa aku perlu ambil berat semua kah?

#290

bahasa-bahasa indah selalu datang dari hati yang paling ranap.
kerana Tuhan itu Maha adil,
diberi Dia untuk kita, bait-bait kata untuk dijadikan doa.

#289

jangan kita sengaja lupa siapa yang menyambut kita di saat jatuh.
jangan kita selalu ingat orang yang belum tentu layak terima tangan kita menyambut dia dari jatuh.