20120412

#247

ketika mata kasarmu tidak melihat,
bukakanlah pintu hati.
untuk menjadi saksi.

#246

saya disuruh sabar sepuluh hari,
untuk dua belas jam yang masih menghantar senyum selepas dua belas jam kemudian.
-rawang-wangsamaju-sunway-shahalam-wangsamaju-kajang-

20120409

#245

sekali lagi hujan turun.
pada hari isnin, ketika semuanya nampak sangat kabur.

#244

berjalanlah. biar cuma dalam mimpi.
eloknya kerana kau sedang menuju ke arah lain.
mungkin yang lebih baik.
biar mimpimu membawa jiwamu.

#243

kita tak semestinya buta untuk bercinta, jatuh cinta, atau putus cinta.
cinta diberi mata. dalam jiwa kita.
dirajai hati. maka silakan akal, menjadi memanda menteri.

20120407

#242

there's rules you have to follow.
if you refuse to obligate, you'll lost
but eventually, you'll find some other way.

#241

petang sabtu yang statik.
kita pejam mata dan buka, semoga bertemu dengan sabtu terus. dan bukan ahad.
atau isnin.

#240

walaupun mustahil, saya harap setiap pagi kita bangun,
kita akan tetap saling sayang. 

#239

sekali lagi menjadi gila atau terlalu bodoh dan berasa itu naif.

20120406

#238

bila dah biasa ada, lepas tu tak ada.
rapuh juga dinding hati. rindu.
hatta cuma dengar suara di hujung telefon, pun cukuplah.

#237

di suatu hari kuat dan gagah, bumi juga bisa digoncang,
di suatu hari, lemah dan goyah, ke ceruk tubuh sasa, dia menyorok.
- tentang gadis besi bertudung merah

#236

serius, aku perlu ada butang 'delete' dalam kotak memori.
ada ingatan lampau yang aku langsung tak mahu simpan.
mahu buang.

#235

semoga kau tidak akan pernah lupa,
hati ini masih sakit, tetap sakit, biar berganti seribu tahun sekalipun.
dan biar sudah sembuh lukanya, parutnya takkan hilang.
maaf telah diberi, tapi apa yang berlaku tidak pernah luput.
maka aku sekali-sekala tak mampu menjadi manis seperti biasa.
dan selalunya itu adalah hari kau perlu pinjam tenang dari aku.

#234

kalau saya boleh lari, saya sudah lari ke pelusuk yang awak takkan boleh cari.
saya benci rasa digari.

#233

peri pesan, doa dalam sunyi itu lebih indah.
maka, diamkan doa. panjangkan syukur.
bersederhanalah.

#232

bila kita selesa, syukur, percaya, kita tak peduli baju itu cap prada, perfume kita cap lancome, atau kosmetik kita cap mac.
kita jadi diri kita.
dan itu lebih berharga dari loreal.

20120329

#231

jangan diharap lebih, nanti harapanmu ranap.

#230

ketika rindu mengetuk pintu, tidur malam pun bersulam air mata

20120320

#229

bila sampai suatu masa, semua akan beratur dan berjalan seperti aturannya.
sabarlah, hati. masanya akan tiba jua.

#228

ada masanya, seorang perlu berhenti mencuba,
seorang perlu berhenti menerima.
dan kita diamkan bersama masa yang berlalu

#227

benar, perkataan bukan milik sesiapa,
kerana datangnya juga dari Tuhan

20120306

#226

satu hari tak jumpa dan rindu.
kemudian sakit dan tenat.
esok bangun dan mula semula.