20101105

#97

dan berlaku jujur itu walaupun payah,
sebenarnya jujur itu mampu memberikan aman.
terima kasih, mengajar aku untuk jujur.

20101104

#96

terima kasih, walaupun sekejap.
aku sangat bertuah memiliki setiapnya yang aku ada sekarang.

20101103

#95

aku sejak dulu lagi sudah ada.
cuma mata kamu yang tidak melihat aku,
walaupun kamu pernah memandang.

20101101

#94

dia tak pernah ucap apa yang dia rasa,
sekadar menghantar perasaan dia melalui matanya.
melalui perlakuannya,
melalui ingatannya.

dia, si manis saya.
si mata cantik saya.

mata yang selalu tersenyum.

#93

dia belum pun jauh, dan aku sudah merindui dia.

#92

no matter how well you planned to avoid it,
que sera, sera.

20101031

#91

semoga hujan yang berpanjangan ini akan menyegarkan ingatan kamu kepada aku.

20101030

#90

setiap orang, ada tempatnya sendiri.
kalau belum serasi, teruskan mencari.

20101029

#89

saat aku bangun pagi tadi,
yang aku ingat dari sisa-sisa mimpi semalam,
adalah senyum dari bibir engkau.
yang mendamaikan dan menutup segala ngeri yang aku alami sebelum lena.

20101028

#88

semoga setiap hari risaunya sama.
sayangnya sama.
kasihnya bertambah.
:)

#87

dia tak pernah mengeluh melayan kerenah keanakan aku.
dan aku tak pernah dilihat sebagai beban, semoga ke sudah aku bukan beban untuk dia.

20101027

#86

walaupun dia pasak teguh aku, dia juga jatuh sakit.
bayangkan rumah yang pasaknya sedang goyah.
gaya itu lah aku. lemah.

20101020

#85

kadang-kadang bila awak buat tak peduli, saya kecil hati.
dan setiap kali tu jugak saya akan pujuk kata,
"tak apalah. ada, ada. tak ada tak apa"
semoga awak faham kenapa.

20101016

#84

aku tak akan pernah merasa rasa selamat di hujung lidah.

20101012

#83

dilema dan antara persimpangan itu, menyesakkan.

#82

aku tak akan mahu mematikan ini.
selagi bisa.

20101005

#81

bila mimpi malam tak sempat bermula.
kita hangatkan pagi dengan mentari selepas hujan. :)

p/s: hujan subuh tadi, sekejap. tapi mendamaikan.

20101001

#80

berapa hari lagi akan ada untuk kita,
sememangnya tidak akan bisa kita kira.

20100921

#79

kadang-kadang bila kita sayangkan seseorang (atau ramai orang)
bukan apa yang dia (mereka) mampu beri untuk kita itu penting,
tetapi apa yang kita mampu beri untuk dia (mereka).
jauh lebih penting.

paling tidak, senyum.

20100918

#78

anak pungut, yang kalau dididik elok, molek juga pekertinya
dan jika tidak, mungkin jari tidak perlu ditunjal ke dai anak itu
kerana, anakkecil biar dipungut,
biar dilahir di atas katil berlian sekalipun,
jelas.
asalnya suci, yang mencorak adalah dunia yang menyambutnya

03:39/170910

#77

ia tertakdir begitu. pendek & pantas.

03:34/170910

20100901

#76

rindu ini tak akan berakhir.
kerana selepas setiap satunya, bersambung dengan yang lain.