20130129

#380

perlahan-lahan kamu hilang,
seperti kabus yang hilang selepas mentari timbul.

#379

semalam saya tidur lantas mimpikan kamu.
mungkin itu satu rindu.

20130113

#378

Dalam banyak-banyak benda saya mampu buat,
Berbual dengan awak saya jadi kekok.
Jadi bagaimana di hari depan nanti, sayang?
Tak akan rumah kita dibiar diam?
Atau dialun sunyi?

#377

Jangan pernah sampai saya harus pilih.
Itu sesuatu yang sukar. Serius.

#376

setiap kali pun berat hati.
adakah ini tanda sini bukan tempatnya jiwa bersemadi.

#375

kadang-kadang saya lupa apa rasanya hilang.
sampai ini malam, saya baca karya orang,
dan apa yang watak dalam cerita itu rasa sempena kehilangan, saya rasa tepat di hati.
dalam. sakit. kosong. dan mata pun berair panas.

20130111

#374

jauhkan aku dari ketakutan itu.
semakin hari semakin dekat.

#373

semalam kita kawan,
hari ini kita lawan?

20130101

#372

jangan pernah jemu memberi sayang,
kerana puasnya berkongsi, adalah paling orgasm dari simpan sendiri.

#371

barang yang lepas jangan dikenang, kata orang.
soalnya, bila dah lepas baru nak terkenang.
baru nak bergenang.

#370

kadang-kadang bila kau tegur,
orang diam. kau kena faham, itu masa untuk kau turut diam.
tegur lain hari. lain waktu.

#369

buku baru, 365 hari untuk di isi.
biar dengan celaka, canda ketawa dan air mata.

20121231

#368

percikan bunga api, itu tahun sudah.
tahun ini, kita tadah peralihan masa dengan harapan.
dalam diam. dalam kamar masing-masing.
berasingan, sebelum sah halal sekamar.

#367

yang paling awesome, bukan tarikh, masa, tahunnya
tapi peristiwa.
yang lain selepasnya, sebagai memorial.

#366

semoga tahun depan, mulut awak tidak berat menutur maaf,
di bila melakukan silap.
selamat tahun baru, sayang.

20121227

#365

semoga aku tidak akan pernah malu mengaku salah,
dan kemudian membetulkan salah.

#364

aku harap, malam ini, sebelum lena,
saat-saat mata kamu sudah hampir terkatup,
kamu teringatkan aku, dan tersenyum.
terus, kemudian rindu.
sama seperti sedang apa aku rasakan.

#363

pejam, celik,
semuanya seperti itu berlalu.
tahun baru menjelma lagi.

#362

iya, di setiap lorong yang aku tempuhi malam ini,
aku sedang tersenyum merindui kamu,
dan setiap kenangan kita dalam satu tahun itu,
di suatu negeri di ceruk paling hujung semenanjung ini.

20121224

#361

arjuna, bonda bilang, sediakan mas kahwin, mari bonda nikahkan.
tapi sayang, kita sama-sama tahu, apa lagi yang belum cukupkan?
sama-sama sayang ya?
aku sabar selagi disabarkan. :)

#360

kadang-kadang saya sedih, bila mengenang 3 tahun yang terbazir,
tapi kemudian, saya jadi aman,
melihat tahun ke-4 yang mendatang.
berapa tahun pun tak penting, sayang.
yang penting isinya. isi dalam setiap tahun. setiap hari.
arjuna, terima kasih. saya harap Tuhan sudi pinjamkan kamu sampai syurga sana.

20121121

#359

untuk aku akhirkan nota ini, suatu hari nanti.
biarlah kamu tahu, kamu pernah ada di ruang hati.