20110626

#165

Mungkin, kita tidak berbicara dengan bahasa langit,
Tapi, kita berbual melalui hati.

Mungkin, jasad kita saling jauh,
Tapi, hati kita berkait.

Dekat begitu,
Cukup.

hari ke-2
Johor-Perlis

20110619

#164

kita sulamkan masa yang tinggal
dengan juta-juta senyuman
kerana yang kita bawa pulang nanti
adalah kenangan ini

#163

kita izinkan malam-malam diisi mimpi
sementara siang dan kehidupan kita mengorak langkah.

20110617

#162

yang terus ke depan,
tak menoleh ke belakang sekali sekala
adalah kita
yang akan silap untuk kali ke duapuluhdua

#161

gila adalah pemutus kata orang yang tidak mahu usaha mengenal.

20110616

#160

secebis hari ini, untuk hari esok.
lagi baik dari tiada.

20110615

#159

demi esok yang kita mahu senyumkan,
lepaskan semalam yang kita sayukan.

#158

kalau hari itu dikira-kira,
dan esok masanya tiba,
apa waktu mahu beri aku peluang,
mulakan dari angka satu?

#157

setiap soalan punya jawapan.
berikan waktu sedikit laluan,
sebelum semua kita temukan.

20110604

#156

setiap malam saya rindu awak,
saya pujuk hati bilang awak pun sama.
kalau awak hebat menangkis semua dan buat tak ada apa,
kenapa tidak saya?
tapi tangan saya lagi laju dari pergerakan neuron saya.
apakan daya.

#155

katakan logik pada ahli-ahli matematik.
aku orang jiwa.
aku laung apa rasa.
bila ada. sebab bila hilang aku biar terus tak berasa.

20110531

#154

siapa kita untuk menentu arah hati orang?
siapa kita untuk memarah orang tidak mengenang kita?
siapa kita untuk memaki benci pada sepi?

20110530

#153

tentang apa istimewanya,
tepuk dada tanya selera sendiri.
yang sakit yang merasa diri juga.

20110405

#152

semoga mimpi-mimpi indah menjadi nyata.

20110329

#151

satu benda yang pasti, apa yang aku kata tentang keburukan orang,
nanti aku pun buat.
letak peringatan dalam kepala.

20110318

#150

mana akan hilang semuanya?
hanya sekadar menyembunyi dan kadang-kadang bila lupa kunci keluar.
itu salah, itu salah.
masuk semula, saya mahu kunci.

20110214

#149

jangan, kau tidak pernah cukup.
kan?

#148

aku ini nanti habisnya, hanya jadi picisan.
tak ada besar, tak ada grand.
biasa. mungkin hampir tidak ada.

20110211

#147

bila matahari datang esok, semua kembali asal.
mimpi.

#146

i know, i shouldn't be like this.
shouldn't such as weak as this.
shouldn't be a crybaby as well.

#145

ada banyak yang boleh tolong. sebelum saya hanyut.
satu selamat pagi dari 7 hari ini.
cepat sembuh. saya sama sakit dengan sakit awak.

20110206

#144

dah rasa. ada banyak yang tak sama.
sayang tetap ada. biar pun beribu batu jaraknya.
cuma rasa dah tak sama.