dalam kelam malam ini,
kita sapu semua pergi.
dan izinkan esok menjenguk dari jendela,
bila siang, dan datang sang matahari.
20120807
20120806
#309
aneh, di bila usai solat kamu muncul,
sedang di hati tiada sezarah ruangpun untuk mu.
dugaan lagi kah, Ya Allah?
sedang di hati tiada sezarah ruangpun untuk mu.
dugaan lagi kah, Ya Allah?
20120805
20120803
#304
kadang-kadang kehadiran awak masih menghantar debar dalam hati saya.
agaknya, masih segar perasaan ini untuk awak.
agaknya, masih segar perasaan ini untuk awak.
#303
jejak bisa tinggal, masa bisa ganti.
hati yang patah bisa bercantum,
tapi takkan sama. yang baru takkan sama.
hati yang patah bisa bercantum,
tapi takkan sama. yang baru takkan sama.
#302
tahun ini, awak belajar menunaikan tugasan abah,
terima kasih sayang.
saya pulak akan belajar jadi calon yang terbaik untuk awak.
terima kasih sayang.
saya pulak akan belajar jadi calon yang terbaik untuk awak.
20120802
20120801
#300
hari itu tetap akan tiba selagi belum kiamat.
tahun pertama bergetar seluruh jiwa saya, menahan rasa sebak.
tahun kedua, sedang bertungkus lumus dengan hidup,
tahun ketiga ini, saya harap saya senyum puas.
hidup sudah bergerak laju meningkalkan kenangan.

#299
dari bilik hujung koridor di tingkat empat,
saya berdoa setiap malam ditemukan dengan Arjuna pelengkap kurang saya yang serba serbi.
saya berdoa setiap malam ditemukan dengan Arjuna pelengkap kurang saya yang serba serbi.
#298
nota pendek ini, untuk semua yang sempat membaca atau terbaca,
1 ogos, ini hari istimewa kita-kita.
selamat hari sahabat, sahabat sekalian.
semoga kalian mendapat manfaat dari nota-nota kecil.
1 ogos, ini hari istimewa kita-kita.
selamat hari sahabat, sahabat sekalian.
semoga kalian mendapat manfaat dari nota-nota kecil.
20120731
20120730
20120725
20120717
#292
semoga bangkit kamu bagai sang arjuna yang merempuh setiap halangan di depan,
mengejar kasih bunda nan suci.
mengejar kasih bunda nan suci.
sepotong doa buat kamu si kecil yang menerangi hidup perempuan besi ramai orang,
#baktiarjunafitri
20120706
#291
pada sesetengah orang, aku adalah perempuan gila yang hanyut dalam patah perkataannya,
pada aku, aku adalah hamba Tuhan yang meminjam setiap perkataannya,
untuk menzahirkan rasa sendiri. jadi, kau rasa aku perlu ambil berat semua kah?
pada aku, aku adalah hamba Tuhan yang meminjam setiap perkataannya,
untuk menzahirkan rasa sendiri. jadi, kau rasa aku perlu ambil berat semua kah?
#290
bahasa-bahasa indah selalu datang dari hati yang paling ranap.
kerana Tuhan itu Maha adil,
diberi Dia untuk kita, bait-bait kata untuk dijadikan doa.
kerana Tuhan itu Maha adil,
diberi Dia untuk kita, bait-bait kata untuk dijadikan doa.
#289
jangan kita sengaja lupa siapa yang menyambut kita di saat jatuh.
jangan kita selalu ingat orang yang belum tentu layak terima tangan kita menyambut dia dari jatuh.
jangan kita selalu ingat orang yang belum tentu layak terima tangan kita menyambut dia dari jatuh.
Subscribe to:
Posts (Atom)