20100921

#79

kadang-kadang bila kita sayangkan seseorang (atau ramai orang)
bukan apa yang dia (mereka) mampu beri untuk kita itu penting,
tetapi apa yang kita mampu beri untuk dia (mereka).
jauh lebih penting.

paling tidak, senyum.

20100918

#78

anak pungut, yang kalau dididik elok, molek juga pekertinya
dan jika tidak, mungkin jari tidak perlu ditunjal ke dai anak itu
kerana, anakkecil biar dipungut,
biar dilahir di atas katil berlian sekalipun,
jelas.
asalnya suci, yang mencorak adalah dunia yang menyambutnya

03:39/170910

#77

ia tertakdir begitu. pendek & pantas.

03:34/170910

20100901

#76

rindu ini tak akan berakhir.
kerana selepas setiap satunya, bersambung dengan yang lain.

20100807

#75

hilang atas urusan-urusan penting.
dan kembali atas rasa rindu dan tanggungjawab.

20100708

#74

there are no such thing as perfection,
live in real world.
trust me, it need a little fantasy to be true.

#73

bagusnya awak kenal sedunia.
awak kenal darah daging sendiri tak?

#72

aku tak minta kau baca aku, kenal aku, faham aku,
untuk kemudiannya menikam aku.

tak kira dari depan, belakang sudut apa pun.

#71

dalam ramai-ramai orang buat apalah menjadi besar.
sebenarnya kecil semata. kecil semata-mata.

20100707

#70

kelak, walaupun saban waktu.
akan kelihatan kelibat-kelibat.
aku cuma gusar akan satu.
bila keasyikan semua hilang.

20100705

#69

kematian kata masih boleh dicerna.
kematian jiwa sama seperti mati semuanya.

20100629

#68

we all, have difficulties.
we all, face things we fear.
everyday, everysecond.
i did one for today.
have you?

#67

sebaik sahaja mega merah ini hilang,
hitam kelam akan menyusul. seketika.
cuma, seketika.

20100626

#66

di hujung hari itu, di dalam kecewa paling ada.
tersisip senyum paling segaris. jadilah.

#65

sudah kerap mimpi ngeri, menakutkan membawa lena ke siang hari.
sejak hari itu. sejak hari itu.

20100621

#64

segala malam akan menjadi sial bila aku sebenarnya jahat,
dan menyakitkan kau.

20100615

#63

hari ini, Tuhan membuka pintu rezeki seluasnya.
ada cinta, ada suka, ada segala.
ada juga serabut dan kalut, sedikit.
semuanya akan diatasi.

20100614

#62

awan merah menjauh sebab hujan turun menderu.
menolak jauh.
laju, dan mereka tak sempat berselisih pun.
tragis.

#61

kalau dah merajuk, mintanya dipujuk.
awak ni, saya hempuk dengan batang buruk nak?

20100611

#60

sebenarnya, awalnya, aku bertindak membenci kerana aku benci akan hati yang disakitkan.
dan kemudiannya, aku diajar untuk menerima seapa ada situasi,
sebab dia dalam diam, mengingatkan aku tentang ini;
aku manusia yang percaya sempurna itu ada,
bukan pada definasi sempurna.
tapi pada akal dan hati yang menceritakan sempurna itu sendiri.

#59

kalau boleh, aku hanya mahu membawa cuma kamu.
dan kita hidup cuma berdua.
di atas dunia kita sendiri. :)

#58

jahatnya aku.
meninggalkan medan ini ketika hati tak rusuh.
hai sayang, saya dah kembali.