20120825

#323

dalam diam, kita akan rindu orang yang terlalu asing.
perasaan itu memang pelik.
nak layan? tak nak layan?
tepuk dada sendiri sakit.

#322

teruslah menjadikan aku bonekamu. 
di bila perlu diambil usap, 
di bila tidak dicampak buang.

#321

bila tiada ku gagah berlari mencari, demi sepotong maaf.

#320

jarang peduli yang sekali sekala bila ada terus terkesan.

20120814

#319

macam mana nak jadi gagah,
kalau hari-hari kena sergah?

20120813

#318

singing Adele's song will always remind me of how life was before i find you,
the pain lives on. but us will always let me stand strong.
even stronger with our little arguments, dreams and silence.

#317

orang yang paling tidak bermanis mulut,
tapi paling tulus hatinya.
yang selalu mencuri hati beta--
--Arjuna

#316

ayahanda segan di bila aku yang harus melihat apa bisul di belakang badannya masih ada nanah,
duhai ayahanda, anak dara ini yang dulu kau bobok lena di dada saat demam,
yang dibasuh berak kencing,
setakat bisul, bah. small matter.

#315

aku selalu marah bila janji dibuat tak ditepati.
kadang aku lupa, yang berjanji itu juga manusia.
dia tak ada kuasa memastikan yang janji ditepati.

20120808

#314

dari kegelapan, muncul cahaya-cahaya.

20120807

#313

mula minggu di hari kedua, aneh.
moga semuanya seperti biasa saja.

#312

ada satu hal itu sahaja yang akan sentiasa buat saya mahu berpaling,
ada satu fail dalam simpanan saya,
terkandung apa yang saya tak pernah sanggup telan.
itu terlalu pahit mengalahkan semua dadah yang pernah masuk ke tubuh saya.

#311

kadang-kadang, saya penat beriya menghantar pesanan ringkas yang berjela kepada awak,
kerana saya sedia maklum, balasnya nanti pendek-pendek.
lebih banyak mengecewakan dari mengujakan.
tapi, saya tetap mahu berbuat yang sama.
kerana, itu cara saya sampaikan rasa. melalui perkataan.

#310

dalam kelam malam ini,
kita sapu semua pergi.
dan izinkan esok menjenguk dari jendela,
bila siang, dan datang sang matahari.

20120806

#309

aneh, di bila usai solat kamu muncul,
sedang di hati tiada sezarah ruangpun untuk mu.
dugaan lagi kah, Ya Allah?

#308

janji ikat simpan di hati,
sampai nanti.

20120805

#307

gurau-gurau, bila berjauh walau sehari cuma,
rindu menggunung.

#306

awak jarang tunjuk peduli,
sekali sekala ditunjuk, sakit berat saya sembuh terus.

#305

jangan pernah lupa asal usul kita.
tinggi mana pergi, dari bawah kita bertatih.

20120803

#304

kadang-kadang kehadiran awak masih menghantar debar dalam hati saya.
agaknya, masih segar perasaan ini untuk awak.

#303

jejak bisa tinggal, masa bisa ganti.
hati yang patah bisa bercantum,
tapi takkan sama. yang baru takkan sama.

#302

tahun ini, awak belajar menunaikan tugasan abah,
terima kasih sayang.
saya pulak akan belajar jadi calon yang terbaik untuk awak.

20120802

#301

menunggumu seperti menunggu segala yang mustahil.

20120801

#300

hari itu tetap akan tiba selagi belum kiamat.
tahun pertama bergetar seluruh jiwa saya, menahan rasa sebak.
tahun kedua, sedang bertungkus lumus dengan hidup,
tahun ketiga ini, saya harap saya senyum puas.

hidup sudah bergerak laju meningkalkan kenangan.

#299

dari bilik hujung koridor di tingkat empat,
saya berdoa setiap malam ditemukan dengan Arjuna pelengkap kurang saya yang serba serbi.

#298

nota pendek ini, untuk semua yang sempat membaca atau terbaca,
1 ogos, ini hari istimewa kita-kita.
selamat hari sahabat, sahabat sekalian.
semoga kalian mendapat manfaat dari nota-nota kecil.