20120630

#288

sebaris ayat menutur maaf itu sungguh mahal harganya.
segalaksi ego.

20120608

#287

bersama dia aku menjadi realistik, teguh, kurang emosi,
bersama kamu dulu, aku manja, lemah, melankoli,
jadi aku bersyukur, kerana bersama dia, aku wanita besi sebenarnya,
di balik manja, aku kuat dan gagah. supaya jatuh dia aku sempat sambut,
sambil bangun bersama.

#286

apa nak dikisah mulut orang,
awak tepuk dada awak rasa sakit,
awak urut dada, awak rasa lega.
yang penting diri awak tu. diri awak. kan?

#285

lain padang, lain belalang,
lain orang, lain pantang.

#284

jangan diharap orang yang baik itu akan kekal baik,
dan yang jahat itu kekal jahat.
pertama sekali, diri kita ni, nak jadi baik ke, nak jadi jahat?
peduli apa dengan orang lain.
- pesan ayahanda

#283

bisik-bisik kecil,
menghantar terlalu banyak prasangka, dan
dia membunuh percaya.

#282

amazingly, we just need a dinner together, some chit chat,
and my life becoming normal again.
you are the reason.

20120606

#281

"jangan tunggu, ada harinya nanti aku tak pulang."
-itu pesan kamu pada aku wahai hati.
-kata jiwa

#280

kadang-kadang saya tertanya, hati awak sudahkan saya rawat.
sebab bila saya soal tentang dia, awak tentu tak mahu jawab.

20120601

#279

hari awak tak perlu saya adalah seperti hari ini.
semua berjalan lambat. sangat lambat. senano saat seperti sehari.

#278

aku beri engkau baca, bukan suruh engkau nilai.
kalau tidak, aku rela jawab kertas spm semula. faham?

#277

sometimes, there will be a day i hate you the most,
then another i love you the most.
days that compiled, count as years, called love.

#276

semalam rasa seperti tergantung di tebing dengan seutas tali,
hari ini sudah terawang-awang tak jatuh ke bumi.