20120221

#225

tinggal hari ini, malas.

20120218

#224

aku ada banyak dosa yang tertanggung,
memberi kamu ruang, itu yang teragung.

20120216

#223

bukan tak hendak, ada waktu jadi penat melayan karenah dunia.
maka kita duduk diam, goyang kaki, layan bunyi beep beep.

20120215

#222

when i see you happy, i am happy indeed.

#221

ada kenangan dari zaman lepas,
masih mahu berlegar.
2 tahun, akan datang, minggu hadapan.

20120214

#220

aku tak apa-apa.
sekadar lelah.

#219

kalau suatu hari, sini sunyi.
maka sudah di sana adanya saya ini.
maka, di bila rindu, sudikanlah sepotong dua ayat penghulu.

#218

untuk seribu satu macam sebab untuk mengalah hari ini,
satu sebab cukup untuk menangkis.

20120213

#217

yang mati meninggalkan kita, adalah jasad mereka.
tidak jiwa dan karya mereka.

#216

bahagia tak boleh dibeli, selalunya.
tapi boleh dicari, percuma.
dan kerana itu tak selalu ada, statik.
lebih dinamik ia, lebih menarik hidup kita.

#215

kalau ingin berkongsi rasa ketika dirasa seluruh dunia memaling muka,
panggil aku. kongsi, bukan minta selesai.
aku bukan Tuhan. cuma hambanya yang mungkin ada bahu untuk ditumpangkan.

#214

ketika semuanya bercelaru,
carilah selimut tidur kamu.

20120209

#213

aku rasa Tuhan mahu uji jiwa aku
dengan membiar insan seakan-akan dia lalu di depan mata
berulang kali. dan lihat, teguh mana cinta aku pada Dia.

#212

setiap hari pun usia bertambah.
sudahkan kalian mengucap kasih pada ayahbunda?
pada saudara sedarah?
pada kekasih?

20120208

#211

there will be day, or days like this,
you just want to live in a memory.
because reality, is painful.

#210

sometimes, i wish i could just stop to care.
just stop to.
because i know it would not end up good.
because we both know.

20120203

#209

untuk seorang permata hati,
yang jiwanya sudah sepenuhnya dimiliki,
hari ini saya rindu.
sangat rindukan awak, teman terbaik yang tak pernah membezakan saya
kerana aras pakaian kita berbeza.
kerana aras keimanan kita terlalu berbeza.
dan kerana jarak kita yang jauh.
selamat ulang tahun kelima bulan. :)
ku sayang mu.

#208

berhentilah jika sudah tidak mampu,
bersabarlah bila sudah terlalu padat,
dan,
biar bila sudah pasrah.

#207

sometimes, its okay to keep your memory live with you.
as long as it doesn't trapped you in.
cherish the best moment that was given to you.
it'll make you appreciate you life more.

#206

bila masa belum tiba,
maka, tak akan.

20120202

#205

dalam mimpi malam ini, aku berharap bertemu kamu sang arjuna.
yang sudah mula aku rindu.

#204

saat lapang dan tenang baru mahu melangkah masuk,
segera risau ditiup kuat dari jendela.
wahai nenda, sabar lah menunggu kepulangan kami semua.
kami semua sama rindu.

#203

mata bulat kamu wahai anakku,
belum mampu ku temukan sinar pandangan yang sama seperti anakku yang dulu.
tapi, kamu tetap ku sandar harapan.

#202

segala arus yang berbeda akan berbolak balik,
dan meletus di dalam minda.
maka, pilihlah jalan yang kamu mahu.

#201

dua puluh satu tahun di setiap pulang bersambut,
di setiap hari ada yang ada untuk saya,
31 januari, Tuhan ambil semula kasih yang dipinjam pada saya.

#200

hiatus. hectic. bermakna padu dan padat.
namun, hati ini rindu.