20111129

#192

di lewat hujung pesanan ringkas awak,
saya cuma mahu segera mendapatkan awak.
tak peduli marah ayahanda.

20111125

#191

apabila aku begitu berhati-hati memilih kata,
dan hati aku dilanyak dengan kata-kata kasar,
aku sekadar diam.

20111123

#190

mimpi-mimpi dan igauan semalam,
adalah acara melepas pergi semua kenangan.

#189

dengan terlalu banyak cerita,
tapi patah-patah perkataannya satu atau dua.
maka inilah nota-nota kecil saya.

#188

kita adalah manusia-manusia defensif dengan pendapat dan pegangan sendiri.
dalam sedar atau tidak, kita selalu bersifat individualistik.
dan itu adalah zahirnya kita.

#187

kadangkala, aku terlalu berpegang pada sesuatu.
terlalu kejap sampai tak terlepas.
dan aku akan ditarik waktu.