20100519

#57

aku harap malam ni adalah winter yang sejuk dan akan membekukan aku.
untuk disimpan di dalam kotak kaca merah.
disorok di bukit bercabang 22.

20100514

#56

bukan semua orang good at saying goodbye,
(tanpa sebak, tanpa menangis)
dan aku salah seorang.

20100513

#55

nak jadi perempuan besi, syarat nombor satu: kena degil. nombor dua: kena bodoh. nombor tiga: kena pekak. - ibu cinta

ternyata aku cuma baru terbentuk sebagai aloi. menjadi gadis pada kalian yang pernah dan masih menjadi pasak. :)


#54

dia langsungkan dua tahun dengan air mata. aku cuma baru beberapa purnama.
tak seberapa pun ranapnya. sudah di datangkan kamu.
harapnya, sememangnya kamulah yang aku tunggu sejak aku kenal perkataan "arjuna".

20100512

#53

walaupun kita berjumpa setelah bumi berputar beribu tahun dengan putaran lengkapnya,
masih belum lambat dan lewat untuk bermula dengan langkah pertama.
terima kasih untuk senyuman yang awak hantar di bibir saya setiap pagi.

20100510

#52

untuk apa sempurna seperti sempurna yang dibayangkan,
sedangkan sudah cukup sempurna di hati.
teka teki semalam. ;)

#51

selain tangan berurat yang hari-hari ditatap dari jauh,
aku paling mahu melihat ke dalam mata kamu.

:)

#50

ini adalah sekeping nota terima kasih;

terima kasih, kerana menjadi pendengar
terima kasih, kerana disudikan sampai ke sini
terima kasih, kerana berusaha keras memahami
terima kasih, kerana di hujung-hujungnya, kita merasa ketawa

terima kasih, kerana masih bersabar berjauh.

awak, terima kasih untuk sejak 23 februari 2010.

20100509

#49

aku mengongoi malam ini
melepaskan semua di dalam
cuma pada dia. pada dia.

#48

malam hingar bingar ini,
saya cuma mahu suara nyaring kamu.
mana kamu, malaikat cinta saya?
mana kamu dan segala bobokan kamu?

20100508

#47

aku tidak reti untuk selesa dengan engkau.
aku sudah lama bunuh engkau dan bagi aku, engkau sudah mati.
mati yang aku paksakan.

20100507

#46

aku tak rasa aku mulia, dan aku tak rasa aku hina.
atas apa yang aku lakukan semalam.
kerana itu seja keadilan yang mampu aku berikan.
aku tak perlu melihat ada lagi yang sakit selepas aku.


20100506

#45

warna-warna pelangi ini kadangkala amat menyilaukan.
tapi, cantik. tetap cantik.

20100505

#44

mungkin kerana kita tak pernah berjumpa sebagai individu yang baru,
mungkin kerana kita walau sudah bertahun mengenal nama dan rupa baru mengenal hati,
mungkin kerana kita sama-sama pernah rasa sakit bercinta,
maka baik saya ataupun awak.
sama-sama teragak-agak.
tak apa, pelan-pelan kayuh, orang kata.
kalau iya, ada.
tidak tak apa, kan?

20100503

#43

kalau marah aku mampu membunuh kau,
ya aku nak marah.
biar semua kecelakaan mati dengan kematian kau.