20100429

#42

aku berharap benar aku dapat lihat wajah engkau dengan jelas,
di kala bulan tidak mengambang,
semalam.

20100427

#41

aku kuat kerana kau ada.
dan aku tak mahu melemah, kerana kau jauh.
inilah dia.

20100423

#40

jangan takut dengan mimpi dan angan.
dia tak pernah membunuh.
setiap suicide itu adalah kerana,
engkau tidak mahu mengguna akal.
dan menyalahkan semua, bukan diri mu.

#39

aku senang dengan orang yang membuat aku selesa menjadi aku.
tapi aku tak rasa susah dengan orang yang tak mengizin aku menjadi aku.

20100420

#38

kalau kau tak mahu hormatkan aku sebagai perempuan,
hormatkanlah dia sebagai perempuan.
setidaknya, sebagai orang yang kau sayang.

20100416

#37

senyuman akhir ini,
adalah kerana aku sedang bahagia
berdikit-dikit
dari segala penipuan yang kau laksanakan.


#36

dia bukan milik sesiapa
dia juga adalah seperti aku
pencinta yang serpihan hatinya dihancurkan.

20100414

#35

one thing i am very good with.
runaway.

20100404

#34

kadang-kadang, orang yang paling kita sayang,
adalah orang yang paling susah untuk kita sayang.

- Filem Cinta 2006

20100402

#33

kita banyak bermain dengan kenangan silam.
yang membuatkan kita tidak melihat yang di depan.
tak melihat dengan mata, tapi ada rasa dalam hati. :)